My Counterz

My Onlinez

Norazali Zainuddin

Norazali Zainuddin

Exco PMIUM 08/09

My Profail

>Exco Kenegaraan, Etika & Patriotisme, Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya >Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional >Pengerusi Pro-Mahasiswa Uni. Malaya

Your Commentz

Kemenangan Pro-Mahasiswa di UPSI dan UNIMAS satu amaran jelas kepada ASPIRASI



Mengulas kemenangan kerusi Pro-Mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan juga Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS) yang boleh dianggap bahawa mahasiswa kini mahukan perubahan dan kemenangan Pro-Mahasiswa semakin hampir bagi kampus Lembah Kelang .
Pro-Mahasiswa UPSI yang menang bergaya dengan berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Di sebelah Borneo, Pro-Mahasiswa UNIMAS telah menang 3 kerusi daripada 6 kerusi yang dipertandingkan iaitu satu kerusi umum dan 2 kerusi fakulti. Kemenangan kedua-dua kampus ini sekaligus menafikan 2/3 kuasa ASPIRASI yang sekian lama bertapak di seluruh kampus. Kemenangan demi kemenangan yang berlaku memberi signal kepada Pro-Mahasiswa daripada kampus yang lain supaya bekerja kuat lagi untuk memastikan kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada kita. Norazali selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional mengingatkan kepada calon Pro-Mahasiswa yang telah menang dalam pilihanraya kampus baru-baru ini, bahawa kemenangan yang diberikan bukanlah untuk dijadikan kebanggaan dan juga mengejar populariti semata, tetapi kerja kuat kita ialah memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa. “Tugas berat yang dihadapi oleh kita ialah kini bagaimana untuk mengisi kemenangan dan meyakinkan bahawa undi mahasiswa kepada Pro-Mahasiswa kali ini adalah berbaloi” ujar Norazali lagi.

Kerisauan bagi Pegerusi Pro-Mahasiswa Nasional ialah calon yang menang hanyut dengan buaian keseronokkan kemenangan sehinggakan tidak tahu apa yang akan dilakukan pada masa akan datang. Tetapi beliau yakin bahawa pemerintahan Pro-Mahasiswa dan ASPIRASI adalah sesuatu yang berbeza dan menasihati kepada calon yang menang supaya merancang agenda mahasiswa di kampus masing-masing selepas daripada ini. Pada Pro-Mahasiswa kampus Lembah Kelang saat pilihanraya kampus pada bulan Januari ini merupakan saat yang dinanti-nantikan kerana pertempuran sengit akan berlaku secara jelas antara Pro-Mahasiswa dengan ASPIRASI.

Pro-Mahasiswa Nasional mengecam kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama oleh pegawai HEP UPM

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai Universiti Putra Malaysia yang menyebut ”tidak guna sembahyang kalau tak bayar yuran” merupakan tindakan yang tidak beretika dan bermoral. Kenyataan ini ditujukan kepada seorang aktivis mahasiswa sewaktu dua mahasiswi iaitu Nor Farhana Farziena Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali diarahkan keluar Kolej Tun Perak minggu lepas. Selain daripada menyentuh sensitiviti islam, kenyataan ini memburuk nama Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi.

Oleh yang demikian, Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) telah membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya pada hari semalam, 23 Oktober berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.

Hasil daripada kejadian tersebut, Jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Saudara Ahmad Shahir Aziz membuat laporan polis hasil daripada kenyataan yang sangat sensitiviti dan mengelirukan orang ramai. Menurutnya, kenyataan ini juga mencabar kesucian agama Islam di bawah Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Dia memohon agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya meneliti dan menyiasat perkara ini sewajarnya.

“Pegawai HEP UPM tersebut harus memberikan penerangan dan memohon maaf kepada mahasiswa yang terbabit. Dia sepatutnya bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan”, kata Norazali Zainuddin selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional. Selain itu, beliau mengulas tekanan Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada mahasiswa akan berterusan saban tahun sehingga menjelangnya Pilihanraya Kampus. Taktik dan strategi membuang mahasiswa daripada kolej kediaman dan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Pro-Mahasiswa setiap kampus merupakan cara biasa dan lama untuk menghilangkan pengaruh Pro-Mahasiswa kepada seluruh warga kampus. Norazali menyifatkan strategi ini tidak sekali-kali melemahkan gerakan mahasiswa dan tekanan yang diberikan akan menjadikan Pro-Mahasiswa Nasional semakin kuat dan tegar dalam memperjuangkan hak mahasiswa.

Tahniah! Buktikan Gerakan Mahasiswa tidak Pernah Mati


Pada 17 Oktober 2008 Jumaat, menyaksikan lebih 200 mahasiswa telah berhimpun secara aman untuk berjumpa dengan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin sempena tuntutan Pilihanraya Kampus yang bersih dan adil. Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 yang dirasmikan oleh beliau menjadi satu medan untuk mahasiswa bersua muka dengan menteri tersebut.

Himpunan aman ini diadakan adalah susulan daripada himpunan yang dilakukan pada 10 Oktober 2008 dihadapan Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya yang mendesak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengumumkan tarikh pilihanraya dan menjalankan pilihanraya kampus dengan berrsih dan adil. Rentetan daripada itu, beberapa wakil mahasiswa telah bertemu sendiri dengan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ir Hj Idris Haron di Parliman pada hari Isnin dan selepas itu Timbalan Menteri itu, mengeluar kenyataan kepada media bahawa tarikh pilihanraya diberikan kuasa kepada autonomi universiti untuk menentukan tarikh pilihanraya kampus. Namun persoalannya, adakah kenyataan ini merupakan adalah kenyataan politik untuk kesenangan pihak tertentu? Adakah dengan kenyataan seperi ini dapat melegakan mahasiswa? Jawapannya, Tidak sama sekali.

Oleh itu, satu himpunan aman telah diadakan di hadapan DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bertemu dengan menteri untuk menyerahkan memorandum menuntut supaya dijalankan pilihanraya kampus secara adil dan bersih. Namun apa yang terjadi ialah himpunan aman ini menjadi kecoh apabila pihak keselamatan UKM cuba menunjukkan belang kepada mahassiwa bahawa mereka adalah golongan yang terbaik untuk menyelesaikan himpunan ini adalah satu kesilapan yang besar. Bagi saya, perlakuan keselamatan UKM boleh dilabelkan sebagai bodoh dan tidak berperikemanusaain kepada mahasiswa yang hadir. Perilaku yang ditunjukkan oleh pihak keselamatan UKM seakan seperti mahsiswa yang hadir seperti penjenayah dan yang lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan pihak polis semasa himpunan aman di depan Parlimen mengenai isu AUKU. Ingatlah, mahasiswa hanya mempunyai suara. Tiada senjata ataupun cota. Persoalannya, mengapa keselamatan UKM berperangai seperti itu?
Pandangan penulis, himpunan yang diadakan oleh mahasiswa pada hari semalam, cukup membuktikan gerakan mahsiswa tidak pernah mati di bumi Malaysia. Mereka akan tetap untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa tanpa mengira apa yang berlaku. Lihatlah rakyat Malaysia, mahasiswa tidak pernah diam apabila haknya dirampas, dengarlah suara mahasiswa kerana merekalah yang akan memimpin Malaysia pada masa yang akan datang. Tidak rugi mendengar pandangan mereka. Mahasiswa yang punyai idealis dan berani seperti ini seharusnya menjadi kebanggan Kementerian Pengajian Tinggi kerana tanpa mereka mahasiswa mungkin dianggap seperti budak sekolah sahaja. Gerakan mahasiswa akan terus berpencak dimana-mana pentas untuk menyata dan menyuarakan pandangan dan pendirian mereka. Kelahiran gerakan mahasiswa ini membuktikan sekali lagi, mereka tegar meneruskan tradisi mencabar untuk kebaikan semua. Mahasiswa yang bergelar aktivis mahasiswa juga sama sekali berbeda dengan mahasiswa yang bercopkan Aspirasi. Aktivis mahasiswa sanggup menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk terus memperjuangkan hak mahasiswa yang dirampas. Tapi mengapa masih ramai mahasiswa dan pihak yang masih menyalahkan mereka? kepelikkan dan keajaiban aktivis mahasiswa ini boleh layari : http://jerungsakti.blogspot.com/2008/10/pelik-sungguh-pro-mahasiswa.html

Harapan saya kepada Kementerian Pengajian Tinggi khususnya, dengarlah dan berterima kasihlah kepada gerakan mahasiswa yang wujud masa kini sebagai check dan balance kepada KPT. Kami lebih rela berlapar perut dan menghabiskan duit untuk memastikan hak mahasiswa tidak dirampas dan dimanipulasikan. Berbanding dengan ASPIRASI Pro-HEP yang lebih bersifat Pak Turut dan juga banyak menghabiskan duit mahasiswa untuk melancong ke sana sini.. Fikirkanlah.. Hanya aktivis mahasiswa sahaja yang tahu apa yang telah terjadi kepada mahasiswa. Kami membuka ruang diplomasi untuk berbincang secara baik dengan KPT. Tapi diplomasi kami biasanya ditolok malah dibuat tidak tahu. Mungkin tidak penting bagi mereka. Ingat, jika perangai ini diteruskan oleh KPT, gerakan mahasiswa serta merta akan terus melakukan aksi yang lebih menarik untuk menyatakan kami bukan budak hingusan seperti yang mereka sangkakan.

Wahai sahabat-sahabat.. Maralah kehadapan dan teruskan mencabar jika mahu generasi akan datang tahu betapa besarnya tanggungjawab sebagai mahasiswa … biarpun dirempuh FRU dan keselamatan UKM kita akan tetap tegar bertahan dengan rempuhan halangan yang ada.. Biar pahit dirasai sekarang untuk dapat kelazatan nikmat masa akan datang.. Ingatlah perjuangan mahsiswa tidak pernah tamat..

Sila amati ayat dibawah ini, tentang kenyataan Prof Ungku Aziz tentang kuasa mahasiswa bukan sekadar belajar tetapi mencabar. Inilah ayat yang boleh sama-sama kita:

"Cabaran memberi perangsang dan jika kita menjelaskan sesuatu cabaran kita pun berasa senang dan tenang di dalam jiwa dan hati kita. Perlu saya ingatkan pula cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan tekanan yang paling hebat. Sebagai penutup pesanan saya : Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar".

Prof Ungku A.Aziz sempat menukilkan bait kata-kata perangsang kepada pemimpin mahasiswa:

"Belajar sambil mencabar,
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
Berpengalaman mencabar DAN terpelajar"

Pelarian di Kolej Kediaman Pertama & Masalah Air di Kolej Kediaman



Bermula tarikh 5 Oktober 2008, mahasiswa yang tinggal di sebuah blok Kolej Kediaman Pertama telah diarahkan untuk mengosongkan bilik mereka dan diarahkan untuk tinggal di bilik belajar. Menjadi persoalannya kini, adakah disebabkan ingin mengubahsuai bangunan blok kolej terpaksa mengorbankan mahasiswa? Kenapa tidak tunggu sehingga sehingga tamat exam nanti?

Terdapat pelbagai implikasi yang boleh berlaku terhadap mahasiswa apabila perkara ini berlaku. Antara perkara yng boleh berlaku dan terjadi ialah:

1. Keselesaan tempat tinggal. Sewajarnya mahasiswa yang tinggal dan membayar yuran kolej perlu mendapat keselesaan tempat tinggal yang sama rata dengan penghuni kolej yang lain. Kenapa perlu seperti pelarian di kolej sendiri?

2. Keselamatan harta benda milik peribadi. Sudah pasti apabila bilik belajar yang sarat dengan mahasiswa akan menyebabkan kehilangan barang peribadi akan menjadi masalah utama. Kehilangan telefon bimbit dan juga laptop mungkin menjadi sasaran utama pencuri apabila berada dalam situasi seperti ini.

3. Tekanan untuk belajar. Ketika mahasiswa lain sedang belajar di atas meja, sahabat-sahabat mahasiswa yang tinggal di bilik belajar ini kemungkinan besar tidak akan mendapat keselesaan untuk mengulangkaji pelajaran dangan baik. Akhirnya menimbulkan tekanan untuk terus belajar. Peperiksaan akhir semester yang semakin hampir ini, menambahkan lagi tekanan kepada mereka.

Perkara yang menjadi kepelikan adalah, kenapa mahasiswa yang terlibat tidak menyatakan ketidakselesaan mereka? Sedangkan mereka sama membayar yuran kolej yang sama dengan sahabat dan rakan yang lain. Mungkin sudah hilang sifat berani dan tidak sedar bahawa hak mereka telah terabai menyebabkan mereka lesu dan tidak bermaya. Sahabat mahasiswaku, bangkitlah. Hak kamu telah terabai. Jika kamu semua adalah mahasiswa, sewajar dan sepatutnya kamu mendapat hak yang kamu perlu dapat.

Kes ketiadaan air di kebanyakkan kolej kediaman kini menjadii satu perkara biasa. Kelihatan ramai mahasiswi Kelaj Kediaman Ungku Aziz malam tadi, bearatur panjang untuk mendapat bekalan air. Agak sukar kehidupan ini apabila nikmat air hilang. Terpaksalah mahasiswa di kolej-kolej kediaman beratur dan menghabiskan masa yang lama untuk hanya mendapatkan air untuk keperluan harian.

Masalah air ini pernah dinyatakan oleh Exco Kebajikan & Luar Kampus, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Saudara Teoh Chern Zhong yang menyatakan masalah air yang masih berlaku di kolej kediaman Universiti Malaya ketika bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu iaitu Datuk Mustapa Mohamed untuk tindakan penyelesaian. Namun, seperti menunggu kucing bertanduk, tiada perubahan yang berlaku. Acapkali rungutan-rungutan bagi pelajar kolej tentang ketiadaan air ini, menjadikan mahasswa kurang selesa apabila kebajikan mereka terabai. Masalah untuk enjalan kehidupan harian seperti membersihkan diri, mengerjakan solat, dan membasuh baju mungkin terbantut dan menambahkan lagi beban untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam masa terdekat ini.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa, sewajarnya pihak pentadbiran Universiti Malaya peka dan prihatin apabila perkara ini berlaku. Perkara ketiadaan air yang sudah menjadi kebiasaan ini perlu diatasi degan secepat mungkin. Pihak HEPA perlu menyelesaikan masalah ini dengan serius dan tidak perlu menyelesaikan dengan mengeluarkan notis dan juga pekeliling yang tidak membantu menyelesaikan masalah ini. Masalah ini mesti diselesaikan segera dan tindakan secepat mungkin untuk kemudahan mahasiswa sendiri.

Universiti Malaya yang digelar Universiti Perdana sewajarnya perkara seperti ini tidak wujud lagi. Masalah air ini sepatutnya telah lama selesai dan kita boleh menumpukan perkara yang lebih besar untuk membangunkan universiti. Adakah masalah air yang tiada penghujungnya ini membuktikan pihak-pihak tertentu tidak membuat kerja? Marilah kita fikirkan bersama.

Mansuhkan KPT & Selamat Berpilihanraya Kampus ASPIRASI


Pada 15 Oktober menyaksikan universiti seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala pada hari berikutnya akan melibatkan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan berpilihanraya. Persoalannya, sejauhmana pilihanraya kampus yang pasti ASPIRASI Barisan Nasional menang membantu mahasiswa manjadi pemimpin negara?.

Kampus yang bertanding pada pilihanraya pada bulan Oktober kali ini boleh disifatkan kampus yang akan menang secara total oleh ASPIRASI Barisan Nasional. Ini adalah disebabkan, setiap kampus yang berpiliharaya bulan ini tiadanya berlaku pertandingan satu lawan satu dan kemungkinan besar kebanyakkan kampus yang bertanding akan menang tanpa bertanding.Kita lihat keputusannya nanti.

Kebiasaannya, calon ASPIRASI boleh digelarkan sebagai boneka HEP kerana menjadi pak turut HEP akan ditaja sepenuhnya dan dengan menggunakan sistem HEP akan menyebabkan mereka akan menang mudah pada pilihanraya kali ini. Inilah taktik, bagaimana KPT dan juga HEP memandulkan idealisme mahasiswa. Calon tajaan mereka, tak tumpah seperti ayam ternakan yang dibela dan diberikan makanan sehingga gemuk.

Pada hari Jumaat, 10 Oktober yang lepas, lebih 100 mahasiswa berkumpul depan KPT untuk mendesak Menteri KPT, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, umumkan tarikh pilihanraya. Namun sehingga ke saat ini, KPT hanya berdiamkan diri sambil mahu melihat apakah aksi yang akan dilakukan oleh mahasiswa selepas ini. Maklumat terkini dimaklumkan bahawa, tarikh pilihanraya kampus bagi Lembah Kelang akan berlangsung 2 minggu selepas masuk sem tahun hadapan iaitu pertengahan Januari 2009. Makluman ini dimaklumkan kepada wakil mahasiswa oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Zulkefli A.Hasan.

Sewajarnya Malaysia mengimplimentasikan demokarasi sebenar kepada rakyatnya, dan tempat yang tepat untuk menguji sistem demokrasi ini adalah dikampus untuk pendedahan awal. Namun perkara ini berlaku disebalikknya. Demokrasi kampus lebih teruk dan kotor berbanding dengan Pilihanraya Umum di luar. Campurtangan KPT & HEP dalam pilihanraya benar-benar menjadikan mahasiswa tak ubah seperti budak sekolah dan tadika.

Pada hemat saya, Kementerian Pengajian Tinggi harus dimansuhkan kerana bukan sahaja tidak membantu daya kualiti universiti malah membenarkan kelahiran produk mahasiswa yang mandul pemikirannya. Cukuplah produk ASPIRASI Barisan Nasional seperti SAiful Bukhari memalukan mahasiswa ASPIRASI dengan membenarkan maruah dijualbeli oleh pihak atasan UMNO. Sangat menyedihkan lagi, Majlis Perwakilan ASIRASI hanya mampu menjadi kerani HEP di kampus masing-masing selepas tamat belajar seperti Saudara Shakirin Mispan YDP MPMUM 0506, yang hanya menjadi penyelia dan kerani di sebuah kolej di UM. Adakah ini hajat KPT & HEP manjadikan pimpinan mahasiswa seperti ini? Benar, Mansuhkan KPT dari bumi Malaysia.

Wahai, Khaled Nordin & Idris Haron lihatlah mahasiswa di hadapan kamu. Adakah amanah dan tugasan kamu adalah untuk menjadikan mahasiswa lebih baik daripada kamu ataupun sebaliknya. Ingatlah, sewajarnya kamu patut berbangga dengan hidupnya gerakan mahasiswa seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia, DEMA, Pro Mahasiswa Nasional, Barisan Bertindak Mahasiswa Nasional, JKMI dan lainya kerana tanpa mahasiswa, KPT dan universiti tidak akan wujud.

Manusia yang masuk ke universiti akan bergelar mahasiswa yang sangat tinggi martabatnya.Adakah anda mahu menurunkan darjat kemampuan mahasiswa ke tahap pelajar sekolah? Jika benar, buang sahaja nama universiti semuanya. Jadilah seperi Pak Lah Badawi, yang mendapat gelaran Bapa Demokrasi Malaysia kerana sifatnya yang mendengar panndangan orang lain. Jangan sampai mahasiswa mengelarkan KPT dengn gelaran yang tidak senonoh. Cukuplah dengan pencapaian KPT sekarang yang memalukan mahasiswa.

PENDEDAHAN TERKINI: PILIHANRAYA KAMPUS TIDAK DIADAKAN SERENTAK!


Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) dua kali pada tarikh yang berbeza tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Pertama kali dalam sejarah IPTA, PRK tidak diadakan serentak. Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008 melibatkan IPTA di Pantai Timur sahaja (UMT,UMP, UMK dan UDM ). Manakala IPTA lain akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT?

Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Satu perjumpaan sulit telah diadakan oleh KPT, dihadiri oleh Dato Idris Haron Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.

Mereka menamakan diri sendiri sebagai ‘Sekretariat Kampus’ (‘nama underground’ kata Dato’ Idris) telah merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional.

Jemputan mesyuarat sulit ini hanya dijemput melalui SMS. Tidaklah diketahui bagaimana TTNC dan Dekan HEP ini hendak membuat tuntutan perjalanan dan penginapan tanpa melalui kelulusan Naib Canselor dan tanpa surat jemputan rasmi.

Perjumpaan sulit ini hanya mampu diadakan dua kali berbanding tahun-tahun yang lalu yang berjumlah lapan ke sembilan kali. Sebenarnya perjumpaan jam 2 pagi ini mendapat tentangan dari sebahagian besar TTNC dan Dekan HEP kerana segala strategi KPT didalangi oleh Mat Hussin yang ‘comeback’ selepas Dato’ Mustapa Mohamed bertukar ke Kementerian Pertanian. Kelibat Mat Hussin sahaja mengundang rasa mual dan jelik TTNC dan Dekan HEP. Sejarah mereka diarah-arah seolah“diketuk ketampi” Mat Husin amat menyerikkan!

Di antara keputusan yang telah dipersetujui dalam perjumpaan sulit ini ialah mengadakan PRK tidak secara serentak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa. Sepatah kata Dato’ Idris “Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!” Apakah ini ‘standard’ pemikiran seorang Timbalan Menteri di negara kita?

Beberapa strategi-strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa telah disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil “Umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!”

1. KPT mengarahkan istilah ‘Pilihanraya Kampus’ hendaklah ditukar kepada ‘Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.’ Istilah ‘Pilihanraya’ bagi KPT adalah setanding dengan Pilihanraya Umum dan bakal membangkitkan kepimpinan dan semangat juang mahasiswa. Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana Pilihanraya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, sekadar merasa seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan oleh HEP sahaja. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bertaraf kertas A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. KPT mengarahkan perkataan ‘Mahasiswa’ itu sendiri hendaklah ditukar kepada ‘Pelajar’ sahaja. Perkataan mahasiswa itu sahaja bagi KPT boleh membangkit rasa ‘self esteem’ yang tinggi di kalangan mahasiswa. Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama ‘Majlis Perwakilan Pelajar’ bukan lagi ‘Majlis Perwakilan Mahasiswa.’ Mahasiswa dilarang menunjukkan ‘taring’ sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan melawan pentadbiran universiti dan kerajaan Barisan Nasional.

4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk diadakan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK. Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianak tirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan ‘gentleman’?

Sebenarnya setiap tahun semenjak KPT ditubahkan lagi, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dengan wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana dibelakang mereka adalah KPT itu sendiri yang diberselindung disebalik topeng munafik. Bagaikan yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.

5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah “double standard” HEP kepada mahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Dalam masa yang sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah Suruhanjaya Piliharaya (SPR) di Kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihanraya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!

Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akan mengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan dikalangan media dan mahasiswa di kampus. Beberapa persoalan wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) jelas menyatakan “Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja.”

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan “HENDAKLAH” membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal mereka cukup satu tahun. Perkataan “HENDAKLAH” tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian. Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPT juga mahu mahasiswa mampu menjadi jurubicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan ‘mahasiswa itik gembol-gembol’ tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru KPT terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar gemburkan selama ini?

Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk “menternak” dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea ‘canggih’ yang layak dilakukan oleh yahudi ke atas pemuda-pemuda.

4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kouta diberi kepada mahasiswa bukan Bumiputera? Ironinya, dalam masa yang sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasi dalam isu-isu yang lebih releven.

Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ianya bukan rahsia lagi. Tetapi KPT buat-buat pekak. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah ‘double stardard.’ Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!

5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan? Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan? Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.

Senario yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakal pimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan “strategi” yang bakal merosakkan pemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri. Cabaran masa depan negara dan era gobalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigama oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai ‘politik kampungan’ di menara gading.

Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.

Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar ‘mahasiswa tulen’ di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!

Seruan saya kepada semua media, parti pembangkang, masyarakat dan mahasiswa: Gembar gemburlah PRK yang bakal diadakan. Juga dedahkanlah segala pencabulan dan kebejatan KPT dan HEP kepada mahasiswa kerana mahasiswa hari ini sebenarnya sangat memerlukan pembelaan dari cengkaman ‘seorang ayah yang tidak bertanggungjawab!’