My Counterz

My Onlinez

Norazali Zainuddin

Norazali Zainuddin

Exco PMIUM 08/09

My Profail

>Exco Kenegaraan, Etika & Patriotisme, Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya >Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional >Pengerusi Pro-Mahasiswa Uni. Malaya

Your Commentz

Tahniah! Buktikan Gerakan Mahasiswa tidak Pernah Mati


Pada 17 Oktober 2008 Jumaat, menyaksikan lebih 200 mahasiswa telah berhimpun secara aman untuk berjumpa dengan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin sempena tuntutan Pilihanraya Kampus yang bersih dan adil. Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 yang dirasmikan oleh beliau menjadi satu medan untuk mahasiswa bersua muka dengan menteri tersebut.

Himpunan aman ini diadakan adalah susulan daripada himpunan yang dilakukan pada 10 Oktober 2008 dihadapan Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya yang mendesak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengumumkan tarikh pilihanraya dan menjalankan pilihanraya kampus dengan berrsih dan adil. Rentetan daripada itu, beberapa wakil mahasiswa telah bertemu sendiri dengan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ir Hj Idris Haron di Parliman pada hari Isnin dan selepas itu Timbalan Menteri itu, mengeluar kenyataan kepada media bahawa tarikh pilihanraya diberikan kuasa kepada autonomi universiti untuk menentukan tarikh pilihanraya kampus. Namun persoalannya, adakah kenyataan ini merupakan adalah kenyataan politik untuk kesenangan pihak tertentu? Adakah dengan kenyataan seperi ini dapat melegakan mahasiswa? Jawapannya, Tidak sama sekali.

Oleh itu, satu himpunan aman telah diadakan di hadapan DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bertemu dengan menteri untuk menyerahkan memorandum menuntut supaya dijalankan pilihanraya kampus secara adil dan bersih. Namun apa yang terjadi ialah himpunan aman ini menjadi kecoh apabila pihak keselamatan UKM cuba menunjukkan belang kepada mahassiwa bahawa mereka adalah golongan yang terbaik untuk menyelesaikan himpunan ini adalah satu kesilapan yang besar. Bagi saya, perlakuan keselamatan UKM boleh dilabelkan sebagai bodoh dan tidak berperikemanusaain kepada mahasiswa yang hadir. Perilaku yang ditunjukkan oleh pihak keselamatan UKM seakan seperti mahsiswa yang hadir seperti penjenayah dan yang lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan pihak polis semasa himpunan aman di depan Parlimen mengenai isu AUKU. Ingatlah, mahasiswa hanya mempunyai suara. Tiada senjata ataupun cota. Persoalannya, mengapa keselamatan UKM berperangai seperti itu?
Pandangan penulis, himpunan yang diadakan oleh mahasiswa pada hari semalam, cukup membuktikan gerakan mahsiswa tidak pernah mati di bumi Malaysia. Mereka akan tetap untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa tanpa mengira apa yang berlaku. Lihatlah rakyat Malaysia, mahasiswa tidak pernah diam apabila haknya dirampas, dengarlah suara mahasiswa kerana merekalah yang akan memimpin Malaysia pada masa yang akan datang. Tidak rugi mendengar pandangan mereka. Mahasiswa yang punyai idealis dan berani seperti ini seharusnya menjadi kebanggan Kementerian Pengajian Tinggi kerana tanpa mereka mahasiswa mungkin dianggap seperti budak sekolah sahaja. Gerakan mahasiswa akan terus berpencak dimana-mana pentas untuk menyata dan menyuarakan pandangan dan pendirian mereka. Kelahiran gerakan mahasiswa ini membuktikan sekali lagi, mereka tegar meneruskan tradisi mencabar untuk kebaikan semua. Mahasiswa yang bergelar aktivis mahasiswa juga sama sekali berbeda dengan mahasiswa yang bercopkan Aspirasi. Aktivis mahasiswa sanggup menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk terus memperjuangkan hak mahasiswa yang dirampas. Tapi mengapa masih ramai mahasiswa dan pihak yang masih menyalahkan mereka? kepelikkan dan keajaiban aktivis mahasiswa ini boleh layari : http://jerungsakti.blogspot.com/2008/10/pelik-sungguh-pro-mahasiswa.html

Harapan saya kepada Kementerian Pengajian Tinggi khususnya, dengarlah dan berterima kasihlah kepada gerakan mahasiswa yang wujud masa kini sebagai check dan balance kepada KPT. Kami lebih rela berlapar perut dan menghabiskan duit untuk memastikan hak mahasiswa tidak dirampas dan dimanipulasikan. Berbanding dengan ASPIRASI Pro-HEP yang lebih bersifat Pak Turut dan juga banyak menghabiskan duit mahasiswa untuk melancong ke sana sini.. Fikirkanlah.. Hanya aktivis mahasiswa sahaja yang tahu apa yang telah terjadi kepada mahasiswa. Kami membuka ruang diplomasi untuk berbincang secara baik dengan KPT. Tapi diplomasi kami biasanya ditolok malah dibuat tidak tahu. Mungkin tidak penting bagi mereka. Ingat, jika perangai ini diteruskan oleh KPT, gerakan mahasiswa serta merta akan terus melakukan aksi yang lebih menarik untuk menyatakan kami bukan budak hingusan seperti yang mereka sangkakan.

Wahai sahabat-sahabat.. Maralah kehadapan dan teruskan mencabar jika mahu generasi akan datang tahu betapa besarnya tanggungjawab sebagai mahasiswa … biarpun dirempuh FRU dan keselamatan UKM kita akan tetap tegar bertahan dengan rempuhan halangan yang ada.. Biar pahit dirasai sekarang untuk dapat kelazatan nikmat masa akan datang.. Ingatlah perjuangan mahsiswa tidak pernah tamat..

Sila amati ayat dibawah ini, tentang kenyataan Prof Ungku Aziz tentang kuasa mahasiswa bukan sekadar belajar tetapi mencabar. Inilah ayat yang boleh sama-sama kita:

"Cabaran memberi perangsang dan jika kita menjelaskan sesuatu cabaran kita pun berasa senang dan tenang di dalam jiwa dan hati kita. Perlu saya ingatkan pula cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan tekanan yang paling hebat. Sebagai penutup pesanan saya : Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar".

Prof Ungku A.Aziz sempat menukilkan bait kata-kata perangsang kepada pemimpin mahasiswa:

"Belajar sambil mencabar,
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
Berpengalaman mencabar DAN terpelajar"

0 comments: