My Counterz

My Onlinez

Norazali Zainuddin

Norazali Zainuddin

Exco PMIUM 08/09

My Profail

>Exco Kenegaraan, Etika & Patriotisme, Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya >Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional >Pengerusi Pro-Mahasiswa Uni. Malaya

Your Commentz

Ungkapan kata Ungku Aziz semasa menjadi Naib Canselor UM

Semasa membaca buku "Mahasiswa Menggugat" karangan Muhammad Abu Bakar (kini Dekan Fakulti Sastera UM), saya tertarik dengan ungkapan katanya. Marilah sama-sama kita fahami apakahh yang beliau maksudkan, :


"Saya rasa satu daripada ukuran kebijaksanaan seorang ketua Universiti terletak kepada kecekapan beliau menilai keperluan mahasiswa disamping melayani kehendak pemimpin mereka dan akhirnya menarik perhatian pemimpin-pemimpin mahasiswa kepada keperluan yang sebenar"

Ungku Aziz menyatakan keperluan asasi seorang pemimpin UM mestilah memahami apakah kehendak mahasiswa disamping tidak mengenepikan hak pemimpin mahasiswa. Dalam mengawal mahasiswa universiti, haruslah seorang NC itu bijak mengawal pemimpin mahasiswa.

"Setelah menjadi Naib Canselor 1300 hari, saya boleh mengatakan dengan ikhlas bahawa bukan sahaja mahasiswa yang menggugat, saya pun boleh menulis rencana bertajuk "Universiti Menggugat". Pagi, petang, siang dan malam, Universiti mendapat cabaran daripada sekeliling keadaannya. Bukan sahaja daripada 8500 mahasiswa tatapi daripada pihak yang lain jua. Pendek kata, kadang-kadang saya terfikir sangat ingin menulis rencana bertajuk "Hikmat Pencabaran seorang Naib Canselor".

Sila amati ayat dibawah ini juga yang boleh memberikan kenyataan Ungku Aziz tentang kuasa mahasiswa bukan sekadar belajar tetapi mencabar :

"Cabaran memberi perangsang dan jika kita menjelaskan sesuatu cabaran kita pun berasa senang dan tenang di dalam jiwa dan hati kita. Perlu saya ingatkan pula cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan tekanan yang paling hebat. Sebagai penutup pesanan saya : Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar".

Prof Ungku A.Aziz sempat menukilkan bait kata-kata perangsang kepada pemimpin mahasiswa:

"Belajar sambil mencabar,
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
Berpengalaman mencabar DAN terpelajar".
( Prof. Ungku A. Aziz)

Saya menjadi kagum, bagaimana beliau memberi perhatian serius kepada gerakan mahasiswa ketika itu. Beliau memberikan peluang kepada mahasiswa sepenuhnya bersama beliau disamping turut bersama kumpulan mahasiswa dalam menaikkan nama universiti. Lagi-lagi apabila beliau turut mengalami perkara yang sama dihadapi oleh mahasiswa seperti ayat berikut :

"Saya cukup insaf tentang perjuangan mahasiswa. Selaku Naib Canselor, saya telah menerima gas pemedih mata dua kali. Saya juga mengalami ribuan mahasiswa yang menunjuk perasaan sehingga sebahagian daripada mereka sudah seperti turun hantu. Saya kira, saya menghabiskan masa lebih daripada 300 jam untuk berunding, bercakap, dan berdialog dengan wakil mahasiswa di dalam beberapa jenis keadaan daripada keadaan senyum sambil minum teh sehingga kepada babak muka bengis sambil badan berpeluh berdiri di tengah panas".

Cukuplah ayat di atas membuktikan peranan NC cukup besar dalam merai pandangan atau pendapat mahasiswa dalam menggerakkan universiti. Disamping itu juga, menggunakan masa berjumpa wakil mahasiswa merupakan masa dan tempat yang sesuai untuk menyelasai pelbagai perkara berkaitan mahasiswa dan sekelilingnya.


Norazali Bin Zainuddin
http://norazali.blogspot.com