My Counterz

My Onlinez

Norazali Zainuddin

Norazali Zainuddin

Exco PMIUM 08/09

My Profail

>Exco Kenegaraan, Etika & Patriotisme, Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya >Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional >Pengerusi Pro-Mahasiswa Uni. Malaya

Your Commentz

Pelarian di Kolej Kediaman Pertama & Masalah Air di Kolej Kediaman



Bermula tarikh 5 Oktober 2008, mahasiswa yang tinggal di sebuah blok Kolej Kediaman Pertama telah diarahkan untuk mengosongkan bilik mereka dan diarahkan untuk tinggal di bilik belajar. Menjadi persoalannya kini, adakah disebabkan ingin mengubahsuai bangunan blok kolej terpaksa mengorbankan mahasiswa? Kenapa tidak tunggu sehingga sehingga tamat exam nanti?

Terdapat pelbagai implikasi yang boleh berlaku terhadap mahasiswa apabila perkara ini berlaku. Antara perkara yng boleh berlaku dan terjadi ialah:

1. Keselesaan tempat tinggal. Sewajarnya mahasiswa yang tinggal dan membayar yuran kolej perlu mendapat keselesaan tempat tinggal yang sama rata dengan penghuni kolej yang lain. Kenapa perlu seperti pelarian di kolej sendiri?

2. Keselamatan harta benda milik peribadi. Sudah pasti apabila bilik belajar yang sarat dengan mahasiswa akan menyebabkan kehilangan barang peribadi akan menjadi masalah utama. Kehilangan telefon bimbit dan juga laptop mungkin menjadi sasaran utama pencuri apabila berada dalam situasi seperti ini.

3. Tekanan untuk belajar. Ketika mahasiswa lain sedang belajar di atas meja, sahabat-sahabat mahasiswa yang tinggal di bilik belajar ini kemungkinan besar tidak akan mendapat keselesaan untuk mengulangkaji pelajaran dangan baik. Akhirnya menimbulkan tekanan untuk terus belajar. Peperiksaan akhir semester yang semakin hampir ini, menambahkan lagi tekanan kepada mereka.

Perkara yang menjadi kepelikan adalah, kenapa mahasiswa yang terlibat tidak menyatakan ketidakselesaan mereka? Sedangkan mereka sama membayar yuran kolej yang sama dengan sahabat dan rakan yang lain. Mungkin sudah hilang sifat berani dan tidak sedar bahawa hak mereka telah terabai menyebabkan mereka lesu dan tidak bermaya. Sahabat mahasiswaku, bangkitlah. Hak kamu telah terabai. Jika kamu semua adalah mahasiswa, sewajar dan sepatutnya kamu mendapat hak yang kamu perlu dapat.

Kes ketiadaan air di kebanyakkan kolej kediaman kini menjadii satu perkara biasa. Kelihatan ramai mahasiswi Kelaj Kediaman Ungku Aziz malam tadi, bearatur panjang untuk mendapat bekalan air. Agak sukar kehidupan ini apabila nikmat air hilang. Terpaksalah mahasiswa di kolej-kolej kediaman beratur dan menghabiskan masa yang lama untuk hanya mendapatkan air untuk keperluan harian.

Masalah air ini pernah dinyatakan oleh Exco Kebajikan & Luar Kampus, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Saudara Teoh Chern Zhong yang menyatakan masalah air yang masih berlaku di kolej kediaman Universiti Malaya ketika bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu iaitu Datuk Mustapa Mohamed untuk tindakan penyelesaian. Namun, seperti menunggu kucing bertanduk, tiada perubahan yang berlaku. Acapkali rungutan-rungutan bagi pelajar kolej tentang ketiadaan air ini, menjadikan mahasswa kurang selesa apabila kebajikan mereka terabai. Masalah untuk enjalan kehidupan harian seperti membersihkan diri, mengerjakan solat, dan membasuh baju mungkin terbantut dan menambahkan lagi beban untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam masa terdekat ini.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa, sewajarnya pihak pentadbiran Universiti Malaya peka dan prihatin apabila perkara ini berlaku. Perkara ketiadaan air yang sudah menjadi kebiasaan ini perlu diatasi degan secepat mungkin. Pihak HEPA perlu menyelesaikan masalah ini dengan serius dan tidak perlu menyelesaikan dengan mengeluarkan notis dan juga pekeliling yang tidak membantu menyelesaikan masalah ini. Masalah ini mesti diselesaikan segera dan tindakan secepat mungkin untuk kemudahan mahasiswa sendiri.

Universiti Malaya yang digelar Universiti Perdana sewajarnya perkara seperti ini tidak wujud lagi. Masalah air ini sepatutnya telah lama selesai dan kita boleh menumpukan perkara yang lebih besar untuk membangunkan universiti. Adakah masalah air yang tiada penghujungnya ini membuktikan pihak-pihak tertentu tidak membuat kerja? Marilah kita fikirkan bersama.

0 comments: