My Counterz

My Onlinez

Norazali Zainuddin

Norazali Zainuddin

Exco PMIUM 08/09

My Profail

>Exco Kenegaraan, Etika & Patriotisme, Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya >Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional >Pengerusi Pro-Mahasiswa Uni. Malaya

Your Commentz

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Saya Norazali Bin Zainuddin, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional mewakili sahabat-sahabat Pro-Mahasiswa seluruh Malaysia ingin mengucapkan:

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

MAAF ZAHIR Dan BATIN

Kepada aktivitis luar negara khususnya di Indonesia dan umum seluruh dunia. Ingatlah perjuangan mahasiswa tidak pernah padam. STUDENT POWER!!

Kuasa Hal Ehwal Pelajar (HEPA) perlu diberikan pada mahasiswa


Kita sedia maklum bahawa, Hal Ehwal Pelajar (HEP) merupakan badan bertindak untuk mengawal segala aktiviti mahasiswa. HEP juga merupakan badan yang terlibat secara langsung dengan Pilihanraya Kampus dan menjadi Suruhanjaya Pilihanraya di setiap kampus di Malaysia.

Untuk pengetahuan sahabat mahasiswa, mahasiswa di luar negara mampu membuat syarikat sendiri, mampu untuk mencetak surat khabar edisi mahasiswa sendiri dan mampu untuk mengeluarkan pendapat dalam setiap debat yang dijalankan dalam universiti. Namun mahasiswa di Malaysia, dengan wujudnya AUKU menyebabkan hampir kebanyakkan mahasiswa sudah menjadi budak sekolah kembali ataupun ayam yang diternak sehingga gemuk.

Mahasiswa sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup luar biasa. Kebanyakkan ahli akademik dan juga ahli politik akur dengan idealisma mahasiswa kerana mampu menjadi agen masyarakat. Contohnya, demostrasi Baling yang cukup membuktikan mahasiswa mampu memperjuangkan hak rakyat pada tempat. Namun mahasiswa kini?

Kita tertanya-tanya adakah dengan terpindanya AUKU semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung mampukah mengembalikan kekuatan kuasa mahasiswa sebagai juru bicara ummah?. Teman mahasiswa, selama 34 tahun AUKU diperkenalkanm saya akui satu masa yang agak panjang untuk mahasiswa ingin kembali berkuasa seperti dulu. Sistem pendidikan yang melatih mahasiswa kini cukup jelas menyebabkan mahasiswa kini lebih kepada akademiknya. Saya tidak menyalahkan mahasiswa dengan buku-bukunya, tapi yang saya kesali hanya semasa zaman mahasiswa sahajalah masa kita untuk menimba pengalaman yang banyak bukan sekadar membaca buku di perpustakaan dan masuk ke tutorial.

Sewajarnya HEP dihapuskan dalam kamus Universiti jika mahaukan kuasa autonomi penuh diberikan kepada universiti. Perkara yang remeh temeh tidak dapat diselesaikan, seperti kertas kerja (KKD) program tidak diluluskan HEP. Kekadang hanya tersilap ejaan, program mahasiswa terpaksa dibatalkan. Adakah ini kuasa HEP yang kita mahukan? Duit persatuan juga mestilah melalui HEP, kekadang ketika pergi ke pejabat HEP, kerani bertugas pula tiada ( terutamaya semasa pilihanraya umum). Saya ingin bertanya, adakah perangai tak ambik kisah dan sambil lewa ini ingin diteruskan? Fikirlah sendiri..

Pernah saya terfikir, kekadang semasa pilihanaraya semasa Pro-Mahasiswa dan juga ASPIRASI (jika tidak ditukar nama lagi) seperti membuang masa mahasiswa. Betul tak?. Bayangkan sewajar dan sepatutnya, mahasiswa berlawan dengan HEP bukan sesama mahasiswa. HEP yang mengeluarkan peruntukkan, HEP yang meluluskan aktiviti mahasiswa, HEP yang mengawal segala perjalanan mahasiswa. Habis itu, kenapa mahasiswa sesama sendiri ingin bertempur? Bukankah cukup jelas masalah bagi universiti adalah HEP itu sendiri?

Oleh yang demikian, cuba koreksi kembali kelebihan dan kekurangan mahasiswa kini. Pro-Mahasiswa akan mengatakan dialah yang paling hebat dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa. ASPIRASI pula akan mengumumkan mereka masih relevan untuk memimpin mahasiswa, dan HEP hanya ketawa melihat gelagat mahasiswa. Kebajikan? Perpaduan? Intelektual? Semua ditentukan oleh HEP. Percayalah, selagimana kuasa tidak diberikan kepada mahasiswa untuk menentukan masa depan universiti, universiti di Malaysia tidak akan dapat mencabar universiti-universiti yang lain di luar negara. Lupakan sahaja rangking university di THES

My First Article

Alhamdulillah siap jugak blog yang terbaru, kerana blog yang lama terlupe passwordnya.. Teruk sangat sampai terlupa sebab dah lame tak update blog. Bila nak update tak boleh.

Oleh kerana pilihanraya kampus sudah hampir, kuasa blog memainkan peranan yang sangat penting untuk memahamkan mahasiswa bahawa siapakah dia mahasiswa.. Oleh yang demikian sokonglah, Pro-Mahaiswa atas kefahaman anda